Monday, 28 January 2013

Watak & Perwatakan

Semalam, saya telah diajarkan oleh Puan Aida tentang karangan naratif.

Karangan Naratif:

Buatkan tiga watak dan kembangkan perwatakannya.

Watak Pertama, ibuku.


Ibuku bernama Zulpah bte Yasin. S
ebelum ini, dia seorang penjaga bayi atau kanak-kanak(babysitter) . Sekarang, dia tidak berkerja lagi. Dia seorang yang penyabar, tabah dan bersemangat. Dia juga telah memberi aku sokongan dan semangat jika aku sedih atau bingung tentang sesuatu. Dia mempunyai rambut dan mata berwarna coklat gelap. Walaupun dia tidak berpelajaran tinggi seperti Puan Aida, dia telah cuba dan mendidik aku dan adik-beradikku dengan baik.


Watak Kedua, Bapaku.


Bapaku bernama Jamalludin B Ahmad . Dia bekerja sebagai seorang pakar kejuruteraan. Dia seorang bapa yang sangat penyayang dan sanggup membuat apa sahaja pengorbanan untuk keluarganya. Dia selalu membuatku ketawa dan gembira. Dia juga telah memberiku sokongan untuk meneruskan apa yang aku mahu lakukan walaupun ia sukar untuk dicapai atau sukar untuk dilakukan. Banyak orang yang memberitahuku bahawa ciri-ciriku seperti bapaku, anak bapa katakan. Dia mempunyai rambut yang sudah mula beruban dan dia agak tinggi, daripada pandanganku.



Watak ketiga, Thaqifah.

Thaqifah adalah salah satu rakan karibku daripada sekolah rendah. Dia mempunyai rambut yang agak pendek dan dia bercermin mata. Dia juga agak pendek. Dia adalah orang yang senang aku berbual dengan. Dulu, setiap hari, kami akan pergi ke rumahnya atau rumahku untuk belajar atau bermain bersama jika ada masa. Dia selalu menolongku dalam pelajaranku jika aku memperlukan pertolongannya. Dia seorang yang sangat bijak dan pandai. Bukan sahaja itu, dia juga seorang yang pemurah dan suka sangat menolong orang. Kami mempunyai banyak minat yang sama.







1 comment:

  1. Baik sungguh penerangan kamu.. saya suka. Teruskan menulis ya Farah...:-)

    ReplyDelete