Sunday, 17 February 2013

Video Kegemaranku :)




Aku suka video ini kerana ia kelakar pada aku dan "voiceover" itu seperti mengejek video asalnya. Video sebegini dipanggil "Literal Video" dan mereka yang membuat Video "Literal" itu sangat kreatif. Video ini dibuat oleh TOBUSCUS! :)  Dia telah membuat banyak lagi Video "Literal" yang kelakar.

Wednesday, 13 February 2013

Pada 12 Feb...

Aku hanya di rumah, dengan perasaan bosan. Terbangun daripada tidur lewat seperti hari yang sebelumnya. Sepatutnya, aku akan keluar berjalan-jalan bersama rakan-rakan sekolah rendahku, Bella dan Thaqifah. Tetapi, akhirnya, tidak berjadi. Kerja rumahku semua sudah selesai. Latihan untuk bermain gitar yang telah diberi oleh abangku juga selesai. Apa lagi, aku hanya bermain permainan Xbox atau menonton cerita-cerita sahaja. Itu pun, aku cepat bosan. Akhirnya, aku bercadang untuk memasak Mac N Cheese untuk keluargaku. 

;) SEDAP!



Pada 11 Feb...

Sepatutnya, aku dan keluargaku harus bangun daripada tidur awal dan ke rumah kedua-dua nenekku. Tetapi, akhirnya kami telah bangun sekiranya hampir pada pukul 1petang. Dengan cepat, kami terus bersiap.


Kami juga telah ke Hospital Changi kerana sedaraku telah terlibat dalam sesuatu kemalangan semasa menunggang motosikalnya. Nasib baik, tidak cedera parah.

Untuk makan malam (yang sangat lewat!) kami telah ke The Manhattan Fish Market. Sungguh lazat makanannya! Aku akan selalu pilih makanan yang sama apabila di sana. HEHE.

Tuesday, 12 February 2013

Pada 10 Feb...

Aku telah menonton sebuah cerita yang berjudul "Pitch Perfect". Ia adalah kali ke enam yang aku menonton cerita itu. Aku sangat gemar kepada lagu "You're Gonna Miss Me" yang telah dinyanyikan oleh Anna Kendrick dan sambil menyanyi, intrumen yang digunakan adalah hanya sebiji cawan. Kerana terkagum, aku telah mempelajari cara memainkannya melalui YouTube. Mula-mulanya, ia sukar untuk menyanyi sambil "bermain" cawan itu. Tetapi, lama-lama, aku tidak boleh berhenti!

Aku juga banyak menonton cerita Korea bersama ibuku. 


Selain daripada itu, aku juga telah belajar mengenai Sains kerana aku lemah dalam subjek itu.

Saturday, 9 February 2013

Pada 9 Feb..

Hari ini, aku bangun dari tidur sangat lewat. Selepas mandi dan memakan, aku menyelesaikan kerja rumahku dan menggosok bajuku. Tidak ada apa-apa lagi untuk aku buat? Aku meletakkan diriku di depan televisyen dan mula bermain Gears Of War 3 hingga lewat petang, mungkin hingga 5 petang .

 Kakakku mengajakku membuat Red Velvet Cupcakes kerana dia juga kebosanan.


Pada 8 Feb... ;)

Di sekolah tadi, mereka mengadakan sebuah konsert sempena Tahun Baru Cina. Aku suka melihat persembahan "Lion Dance" dan "Guzheng" .  Tetapi susah aku hendak memahami apa mereka yang mengacara persembahan itu kerana ia dalam Bahasa Cina. Sebelum itu, aku dan kelasku telah ke Blk 660 untuk mengumpul surat khabar dan pakaian lama yang tidak digunakan lagi daripada penduduk-penduduk di sana. Kumpulanku telah ditugaskan untuk ke tingkat 6. Kami terperanjat apabila ternampak banyak surat khabar di luar sebuah rumah untuk diberi. Kami amat gembira. Kelasku juga telah mendapat hadiah untuk peraduan yang diadakan.

Selepas sekolah, aku dengan cepat hendak ke Causeway Point kerana hendak menjumpa rakan daripada sekolah rendah, Bella, untuk makan bersama dan selepas itu kami telah ke sekolah rendah kami untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang lain. 
 Gambar yang di bawah ini adalah aku dan Bella .
  Kami telah berasa seronok dan rasa rindu itu telah hilang setelah menjumpai mereka .  Selepas berjumpa di sekolah, seperti dulu, mereka akan ke rumahku untuk bermain Xbox dan Kinect :) Kami begitu rapat sehingga mereka memanggil ibuku "Mama" .


Kami telah bermain Dance Central 2 & 3 yang dipenuhi dengan gelak ketawa kami. Kami juga telah bermain Fifa 13 .







Friday, 1 February 2013

Peraduan Pesona Pantun 2013

Inilah pantunku:


Namaku Farah Nabilah
Mendekatiku tidaklah berbahaya
Aku suka sangat anak gajah
Mereka comel seperti saya

Bukanlah aku comel sangat
Tetapi harap memahami maksud
Pengetahuanku tidak terhad
Tetapi jangan berdiam berturut-turut

Anak gajah membawa kayu api
Kerana berat terenjut-enjut
Walaupun hidup bagaikan mimpi
Haruslah selalu dikejut-kejut

Kegiatan kokulikular(CCA) Aku di sekolah menengah

Dulu semasa sekolah rendah, kegiatan korikularku ialah Floorball. Tetapi kerana kegiatan kokulikular itu semakin kecil di sekolahku dulu, terpaksa ia dihentikan. Selepas itu, aku memasuk Art Club . Aku sangat bosan di dalam Art Club. 

Sekarang, kegiatan kokurikularku adalah Shooting. Ia akan mula pada hari ini. Aku berasa ghairah! Walaupun aku tidak dapat masuk Drama, aku tetap ghairah. Semasa pemilihan yang kedua untuk kegiatan ini, aku dapat peluang untuk menembak. Keseronokan adalah apa yang aku merasakan ketika mendapat menembak.  Sebelum itu, aku hanya dapat menembak semasa...

bermain permainan komputer.  

Menurut guru Shooting, aku akan ke dalam kategori Air Pistol. Tetapi, aku, secara rahsia, mahu ke dalam kategori Air Rifle.
Pada pendapat aku, menembak dengan Air Rifle lebih seronok, walaupun ia berat.

Aku harap aku akan dapat belajar teknik-teknik Shooting dan akan dapat menembak dengan pelbagai jenis senjata selain daripada Air Pistol.