Saturday, 9 February 2013

Pada 8 Feb... ;)

Di sekolah tadi, mereka mengadakan sebuah konsert sempena Tahun Baru Cina. Aku suka melihat persembahan "Lion Dance" dan "Guzheng" .  Tetapi susah aku hendak memahami apa mereka yang mengacara persembahan itu kerana ia dalam Bahasa Cina. Sebelum itu, aku dan kelasku telah ke Blk 660 untuk mengumpul surat khabar dan pakaian lama yang tidak digunakan lagi daripada penduduk-penduduk di sana. Kumpulanku telah ditugaskan untuk ke tingkat 6. Kami terperanjat apabila ternampak banyak surat khabar di luar sebuah rumah untuk diberi. Kami amat gembira. Kelasku juga telah mendapat hadiah untuk peraduan yang diadakan.

Selepas sekolah, aku dengan cepat hendak ke Causeway Point kerana hendak menjumpa rakan daripada sekolah rendah, Bella, untuk makan bersama dan selepas itu kami telah ke sekolah rendah kami untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang lain. 
 Gambar yang di bawah ini adalah aku dan Bella .
  Kami telah berasa seronok dan rasa rindu itu telah hilang setelah menjumpai mereka .  Selepas berjumpa di sekolah, seperti dulu, mereka akan ke rumahku untuk bermain Xbox dan Kinect :) Kami begitu rapat sehingga mereka memanggil ibuku "Mama" .


Kami telah bermain Dance Central 2 & 3 yang dipenuhi dengan gelak ketawa kami. Kami juga telah bermain Fifa 13 .







No comments:

Post a Comment