Friday, 1 March 2013

Negeri 5 Menara, Bab 3

RAPAT TIKUS

Alif telah meninggal rumah untuk ke perjalanan darat ke Jawa Timur untuk ke Pondok Madani. Dia telah menumpang bas kecil Harmonis itu bersama ayahnya untuk tiga hari. Dalam bas itu, dia telah menonton sebuah filem yang berjudul Rambo: The First Blood Part II. Pada hari kedua, suasana bas itu sudah pun berubah, ia sudah mula berbau.Pakcik Muncak pula mempunyai "dedikasi tinggi dalam menghiburkan penumpang. Dia akan memainkan bunyi talempong apabila dia melihat banyak penumpang mengantuk. Apabila Pak Sutan dapat tahu bahawa Alif akan ke Pondok Madani, dia berfikir Alif adalah seorang anak yang "tidak baik". Bapa Alif terus membela Alif. Dalam perjalanan itu juga ada sekali yang tayar bas itu pancit. Pada hari ketiga, barula mereka sampai ke Jawa Timur.  

Negeri 5 Menara, Bab 2

Keputusan Setengah Hati

Alif telah mendapat keputusan peperiksaannya yang menjadi sebuah tiket baginya untuk mendaftar ke Sekolah Menengah Atas(SMA). Dia memang hendak ke sekolah itu. Dia telah berjanji dengan rakan rapat madrasahnya, Randai, untuk ke SMA bersama-sama. Walaupun ia kehendaknya untuk ke SMA, emaknya mahu dia ke sekolah agama. Emaknya berkata "belanja masuk madrasah lebih murah". Tetapi  madrasah itu juga menjadi sebuah sekolah untuk mereka yang tidak mendapat keputusan peperiksaan yang cukup untuk ke SMA atau SMP. Akhirnya, Alif mengikuti kehendakan emaknya. Dia membuat keputusan untuk ke sekolah agama, walaupun keputusannya hanya setengah hati.

Negeri 5 Menara, Bab 1

PESAN DARI MASA SILAM

Alif berada di Washington, DC. Di sana, sudah 3 jam salji turun. Ia sangat berbeza dengan alam kampungnya, di Danau Maninjau.  Alif mahu ke pejabatnya di Independence Avenue. Dia perlu ke London untuk mewawancara Tony Blair, Perdana Menteri Britain dan misi perbadinya menghadiri undangan The World Inter-Faith Forum. Dia  Alif juga telah berbicara dengan rakan lamanya, Atang menggunakan Messenger.