Hari ini, guru Bahasa Melayu saya telah memberitahu saya keputusan peperiksaan saya. Sebenarnya, saya amat lega kerana tidak gagal sebarang subjek. YAY. :D Saya juga gembira kerana mendapat B untuk kebanyakan subjek-subjek tersebut. Untuk BM pula, ia sentiasa B3.
SAYA TIDAK GAGAL. YAY. :)
Bahasa Melayu? Bahasa Ibundaku .
Wednesday, 9 October 2013
Thursday, 23 May 2013
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN!
Keputusanku tidak beberapa baik. Subjek Matematikku hampir-hampir aku gagal. Bagiku, subjek itu agak sukar. Jika aku telah berlatih dan belajar lebih, pasti aku boleh lulus dengan cemerlang.
Bahasa Melayuku? Ermm.. Gred yang aku dapat bukan yang apa aku harapkan. B3!!! Aku tahu aku boleh buat lebih baik..
Subjek-subjek yang lain juga tidak berapa baik.
Walaupun aku gembira kerana akhirnya, peperiksaan ini sudah pun tamat. Tetapi aku juga berasa sangat kecewa dengan diriku. Aku tahu aku boleh buat lebih baik daripada ini! Tetapi sudah terlambat. Aku akan cuba lagi untuk peperiksaan yang akan datang tidak lama lagi.

Friday, 1 March 2013
Negeri 5 Menara, Bab 3
RAPAT TIKUS
Alif telah meninggal rumah untuk ke perjalanan darat ke Jawa Timur untuk ke Pondok Madani. Dia telah menumpang bas kecil Harmonis itu bersama ayahnya untuk tiga hari. Dalam bas itu, dia telah menonton sebuah filem yang berjudul Rambo: The First Blood Part II. Pada hari kedua, suasana bas itu sudah pun berubah, ia sudah mula berbau.Pakcik Muncak pula mempunyai "dedikasi tinggi dalam menghiburkan penumpang. Dia akan memainkan bunyi talempong apabila dia melihat banyak penumpang mengantuk. Apabila Pak Sutan dapat tahu bahawa Alif akan ke Pondok Madani, dia berfikir Alif adalah seorang anak yang "tidak baik". Bapa Alif terus membela Alif. Dalam perjalanan itu juga ada sekali yang tayar bas itu pancit. Pada hari ketiga, barula mereka sampai ke Jawa Timur.

Negeri 5 Menara, Bab 2
Keputusan Setengah Hati
Alif telah mendapat keputusan peperiksaannya yang menjadi sebuah tiket baginya untuk mendaftar ke Sekolah Menengah Atas(SMA). Dia memang hendak ke sekolah itu. Dia telah berjanji dengan rakan rapat madrasahnya, Randai, untuk ke SMA bersama-sama. Walaupun ia kehendaknya untuk ke SMA, emaknya mahu dia ke sekolah agama. Emaknya berkata "belanja masuk madrasah lebih murah". Tetapi madrasah itu juga menjadi sebuah sekolah untuk mereka yang tidak mendapat keputusan peperiksaan yang cukup untuk ke SMA atau SMP. Akhirnya, Alif mengikuti kehendakan emaknya. Dia membuat keputusan untuk ke sekolah agama, walaupun keputusannya hanya setengah hati.

Negeri 5 Menara, Bab 1
PESAN DARI MASA SILAM
Alif berada di Washington, DC. Di sana, sudah 3 jam salji turun. Ia sangat berbeza dengan alam kampungnya, di Danau Maninjau. Alif mahu ke pejabatnya di Independence Avenue. Dia perlu ke London untuk mewawancara Tony Blair, Perdana Menteri Britain dan misi perbadinya menghadiri undangan The World Inter-Faith Forum. Dia Alif juga telah berbicara dengan rakan lamanya, Atang menggunakan Messenger.
Sunday, 17 February 2013
Video Kegemaranku :)
Aku suka video ini kerana ia kelakar pada aku dan "voiceover" itu seperti mengejek video asalnya. Video sebegini dipanggil "Literal Video" dan mereka yang membuat Video "Literal" itu sangat kreatif. Video ini dibuat oleh TOBUSCUS! :) Dia telah membuat banyak lagi Video "Literal" yang kelakar.
Wednesday, 13 February 2013
Pada 12 Feb...
Aku hanya di rumah, dengan perasaan bosan. Terbangun daripada tidur lewat seperti hari yang sebelumnya. Sepatutnya, aku akan keluar berjalan-jalan bersama rakan-rakan sekolah rendahku, Bella dan Thaqifah. Tetapi, akhirnya, tidak berjadi. Kerja rumahku semua sudah selesai. Latihan untuk bermain gitar yang telah diberi oleh abangku juga selesai. Apa lagi, aku hanya bermain permainan Xbox atau menonton cerita-cerita sahaja. Itu pun, aku cepat bosan. Akhirnya, aku bercadang untuk memasak Mac N Cheese untuk keluargaku.
![]() |
| ;) SEDAP! |
Pada 11 Feb...
Sepatutnya, aku dan keluargaku harus bangun daripada tidur awal dan ke rumah kedua-dua nenekku. Tetapi, akhirnya kami telah bangun sekiranya hampir pada pukul 1petang. Dengan cepat, kami terus bersiap.
Kami juga telah ke Hospital Changi kerana sedaraku telah terlibat dalam sesuatu kemalangan semasa menunggang motosikalnya. Nasib baik, tidak cedera parah.
Untuk makan malam (yang sangat lewat!) kami telah ke The Manhattan Fish Market. Sungguh lazat makanannya! Aku akan selalu pilih makanan yang sama apabila di sana. HEHE.

Tuesday, 12 February 2013
Pada 10 Feb...
Aku telah menonton sebuah cerita yang berjudul "Pitch Perfect". Ia adalah kali ke enam yang aku menonton cerita itu. Aku sangat gemar kepada lagu "You're Gonna Miss Me" yang telah dinyanyikan oleh Anna Kendrick dan sambil menyanyi, intrumen yang digunakan adalah hanya sebiji cawan. Kerana terkagum, aku telah mempelajari cara memainkannya melalui YouTube. Mula-mulanya, ia sukar untuk menyanyi sambil "bermain" cawan itu. Tetapi, lama-lama, aku tidak boleh berhenti!
Aku juga banyak menonton cerita Korea bersama ibuku.
Selain daripada itu, aku juga telah belajar mengenai Sains kerana aku lemah dalam subjek itu.

Saturday, 9 February 2013
Pada 9 Feb..
Hari ini, aku bangun dari tidur sangat lewat. Selepas mandi dan memakan, aku menyelesaikan kerja rumahku dan menggosok bajuku. Tidak ada apa-apa lagi untuk aku buat? Aku meletakkan diriku di depan televisyen dan mula bermain Gears Of War 3 hingga lewat petang, mungkin hingga 5 petang .
Kakakku mengajakku membuat Red Velvet Cupcakes kerana dia juga kebosanan.

Pada 8 Feb... ;)
Di sekolah tadi, mereka mengadakan sebuah konsert sempena Tahun Baru Cina. Aku suka melihat persembahan "Lion Dance" dan "Guzheng" . Tetapi susah aku hendak memahami apa mereka yang mengacara persembahan itu kerana ia dalam Bahasa Cina. Sebelum itu, aku dan kelasku telah ke Blk 660 untuk mengumpul surat khabar dan pakaian lama yang tidak digunakan lagi daripada penduduk-penduduk di sana. Kumpulanku telah ditugaskan untuk ke tingkat 6. Kami terperanjat apabila ternampak banyak surat khabar di luar sebuah rumah untuk diberi. Kami amat gembira. Kelasku juga telah mendapat hadiah untuk peraduan yang diadakan.
Selepas sekolah, aku dengan cepat hendak ke Causeway Point kerana hendak menjumpa rakan daripada sekolah rendah, Bella, untuk makan bersama dan selepas itu kami telah ke sekolah rendah kami untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang lain.
Gambar yang di bawah ini adalah aku dan Bella .
Kami telah berasa seronok dan rasa rindu itu telah hilang setelah menjumpai mereka . Selepas berjumpa di sekolah, seperti dulu, mereka akan ke rumahku untuk bermain Xbox dan Kinect :) Kami begitu rapat sehingga mereka memanggil ibuku "Mama" .

Kami telah bermain Dance Central 2 & 3 yang dipenuhi dengan gelak ketawa kami. Kami juga telah bermain Fifa 13 .
Friday, 1 February 2013
Peraduan Pesona Pantun 2013
Inilah pantunku:
Namaku Farah Nabilah
Mendekatiku tidaklah berbahaya
Aku suka sangat anak gajah
Mereka comel seperti saya
Bukanlah aku comel sangat
Tetapi harap memahami maksud
Pengetahuanku tidak terhad
Tetapi jangan berdiam berturut-turut
Anak gajah membawa kayu api
Kerana berat terenjut-enjut
Walaupun hidup bagaikan mimpi
Haruslah selalu dikejut-kejut
Namaku Farah Nabilah
Mendekatiku tidaklah berbahaya
Aku suka sangat anak gajah
Mereka comel seperti saya
Bukanlah aku comel sangat
Tetapi harap memahami maksud
Pengetahuanku tidak terhad
Tetapi jangan berdiam berturut-turut
Anak gajah membawa kayu api
Kerana berat terenjut-enjut
Walaupun hidup bagaikan mimpi
Haruslah selalu dikejut-kejut
Kegiatan kokulikular(CCA) Aku di sekolah menengah
Dulu semasa sekolah rendah, kegiatan korikularku ialah Floorball. Tetapi kerana kegiatan kokulikular itu semakin kecil di sekolahku dulu, terpaksa ia dihentikan. Selepas itu, aku memasuk Art Club . Aku sangat bosan di dalam Art Club.
Sekarang, kegiatan kokurikularku adalah Shooting. Ia akan mula pada hari ini. Aku berasa ghairah! Walaupun aku tidak dapat masuk Drama, aku tetap ghairah. Semasa pemilihan yang kedua untuk kegiatan ini, aku dapat peluang untuk menembak. Keseronokan adalah apa yang aku merasakan ketika mendapat menembak. Sebelum itu, aku hanya dapat menembak semasa...
bermain permainan komputer.
Menurut guru Shooting, aku akan ke dalam kategori Air Pistol. Tetapi, aku, secara rahsia, mahu ke dalam kategori Air Rifle.
Pada pendapat aku, menembak dengan Air Rifle lebih seronok, walaupun ia berat.
Aku harap aku akan dapat belajar teknik-teknik Shooting dan akan dapat menembak dengan pelbagai jenis senjata selain daripada Air Pistol.

Monday, 28 January 2013
Watak & Perwatakan
Semalam, saya telah diajarkan oleh Puan Aida tentang karangan naratif.
Karangan Naratif:
Buatkan tiga watak dan kembangkan perwatakannya.
Watak Pertama, ibuku.
Ibuku bernama Zulpah bte Yasin. Sebelum ini, dia seorang penjaga bayi atau kanak-kanak(babysitter) . Sekarang, dia tidak berkerja lagi. Dia seorang yang penyabar, tabah dan bersemangat. Dia juga telah memberi aku sokongan dan semangat jika aku sedih atau bingung tentang sesuatu. Dia mempunyai rambut dan mata berwarna coklat gelap. Walaupun dia tidak berpelajaran tinggi seperti Puan Aida, dia telah cuba dan mendidik aku dan adik-beradikku dengan baik.
Watak Kedua, Bapaku.
Bapaku bernama Jamalludin B Ahmad . Dia bekerja sebagai seorang pakar kejuruteraan. Dia seorang bapa yang sangat penyayang dan sanggup membuat apa sahaja pengorbanan untuk keluarganya. Dia selalu membuatku ketawa dan gembira. Dia juga telah memberiku sokongan untuk meneruskan apa yang aku mahu lakukan walaupun ia sukar untuk dicapai atau sukar untuk dilakukan. Banyak orang yang memberitahuku bahawa ciri-ciriku seperti bapaku, anak bapa katakan. Dia mempunyai rambut yang sudah mula beruban dan dia agak tinggi, daripada pandanganku.
Watak ketiga, Thaqifah.
Thaqifah adalah salah satu rakan karibku daripada sekolah rendah. Dia mempunyai rambut yang agak pendek dan dia bercermin mata. Dia juga agak pendek. Dia adalah orang yang senang aku berbual dengan. Dulu, setiap hari, kami akan pergi ke rumahnya atau rumahku untuk belajar atau bermain bersama jika ada masa. Dia selalu menolongku dalam pelajaranku jika aku memperlukan pertolongannya. Dia seorang yang sangat bijak dan pandai. Bukan sahaja itu, dia juga seorang yang pemurah dan suka sangat menolong orang. Kami mempunyai banyak minat yang sama.

Tuesday, 15 January 2013
Hari Pertama Saya
Semasa perjalanan ke sekolah di dalam kereta, aku berasa sangat ghairah. Sekolah baharu, kawan-kawan baharu dan semuanya baharu! Aku juga sedih, kerana aku tidak bersama kawan-kawan karibku daripada sekolah rendah. Aku seorang yang tidak suka bersendirian. Tetapi pada hari itu, aku terpaksa bersendirian. Daripada pandangan aku, semua orang seperti sudah ada kawan. Aku sangat merindui kawan-kawanku. Pada ketika itu, aku akan berterus terang, aku fikir aku tidak akan gembira di sini. Akan aku mendapat seorang kawan? Aku juga telah berasa risau jika aku tidak boleh menangani subjek-subjek yang baharu untuk saya. Apabila masa untuk pulang, aku berasa lega... Akhirnya! Aku SEPERTI tidak bersemangat untuk ke sekolah keesokan hari...
(Tetapi itu Hanya hari pertamaku, sekarang.. Aku mulai merasai perasaan gembira) :)

Subscribe to:
Posts (Atom)