Semalam, saya telah diajarkan oleh Puan Aida tentang karangan naratif.
Karangan Naratif:
Buatkan tiga watak dan kembangkan perwatakannya.
Watak Pertama, ibuku.
Ibuku bernama Zulpah bte Yasin. Sebelum ini, dia seorang penjaga bayi atau kanak-kanak(babysitter) . Sekarang, dia tidak berkerja lagi. Dia seorang yang penyabar, tabah dan bersemangat. Dia juga telah memberi aku sokongan dan semangat jika aku sedih atau bingung tentang sesuatu. Dia mempunyai rambut dan mata berwarna coklat gelap. Walaupun dia tidak berpelajaran tinggi seperti Puan Aida, dia telah cuba dan mendidik aku dan adik-beradikku dengan baik.
Watak Kedua, Bapaku.
Bapaku bernama Jamalludin B Ahmad . Dia bekerja sebagai seorang pakar kejuruteraan. Dia seorang bapa yang sangat penyayang dan sanggup membuat apa sahaja pengorbanan untuk keluarganya. Dia selalu membuatku ketawa dan gembira. Dia juga telah memberiku sokongan untuk meneruskan apa yang aku mahu lakukan walaupun ia sukar untuk dicapai atau sukar untuk dilakukan. Banyak orang yang memberitahuku bahawa ciri-ciriku seperti bapaku, anak bapa katakan. Dia mempunyai rambut yang sudah mula beruban dan dia agak tinggi, daripada pandanganku.
Watak ketiga, Thaqifah.
Thaqifah adalah salah satu rakan karibku daripada sekolah rendah. Dia mempunyai rambut yang agak pendek dan dia bercermin mata. Dia juga agak pendek. Dia adalah orang yang senang aku berbual dengan. Dulu, setiap hari, kami akan pergi ke rumahnya atau rumahku untuk belajar atau bermain bersama jika ada masa. Dia selalu menolongku dalam pelajaranku jika aku memperlukan pertolongannya. Dia seorang yang sangat bijak dan pandai. Bukan sahaja itu, dia juga seorang yang pemurah dan suka sangat menolong orang. Kami mempunyai banyak minat yang sama.
Monday, 28 January 2013
Tuesday, 15 January 2013
Hari Pertama Saya
Semasa perjalanan ke sekolah di dalam kereta, aku berasa sangat ghairah. Sekolah baharu, kawan-kawan baharu dan semuanya baharu! Aku juga sedih, kerana aku tidak bersama kawan-kawan karibku daripada sekolah rendah. Aku seorang yang tidak suka bersendirian. Tetapi pada hari itu, aku terpaksa bersendirian. Daripada pandangan aku, semua orang seperti sudah ada kawan. Aku sangat merindui kawan-kawanku. Pada ketika itu, aku akan berterus terang, aku fikir aku tidak akan gembira di sini. Akan aku mendapat seorang kawan? Aku juga telah berasa risau jika aku tidak boleh menangani subjek-subjek yang baharu untuk saya. Apabila masa untuk pulang, aku berasa lega... Akhirnya! Aku SEPERTI tidak bersemangat untuk ke sekolah keesokan hari...
(Tetapi itu Hanya hari pertamaku, sekarang.. Aku mulai merasai perasaan gembira) :)
(Tetapi itu Hanya hari pertamaku, sekarang.. Aku mulai merasai perasaan gembira) :)
Subscribe to:
Posts (Atom)