Thursday, 23 May 2013

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN!

Keputusanku tidak beberapa baik. Subjek Matematikku hampir-hampir aku gagal. Bagiku, subjek itu agak sukar. Jika aku telah berlatih dan belajar lebih, pasti aku boleh lulus dengan cemerlang.
Bahasa Melayuku? Ermm.. Gred yang aku dapat bukan yang apa aku harapkan. B3!!! Aku tahu aku boleh buat lebih baik..
Subjek-subjek yang lain juga tidak berapa baik.

Walaupun aku gembira kerana akhirnya, peperiksaan ini sudah pun tamat. Tetapi aku juga berasa sangat kecewa dengan diriku. Aku tahu aku boleh buat lebih baik daripada ini! Tetapi sudah terlambat. Aku akan cuba lagi untuk peperiksaan yang akan datang tidak lama lagi.