Tuesday, 15 January 2013

Hari Pertama Saya

 Semasa perjalanan ke sekolah di dalam kereta, aku berasa sangat ghairah. Sekolah baharu, kawan-kawan baharu dan semuanya baharu! Aku juga sedih, kerana aku tidak bersama kawan-kawan karibku daripada sekolah rendah. Aku seorang yang tidak suka bersendirian. Tetapi pada hari itu, aku terpaksa bersendirian. Daripada pandangan aku, semua orang seperti sudah ada kawan. Aku sangat merindui kawan-kawanku. Pada ketika itu, aku akan berterus terang, aku fikir aku tidak akan gembira di sini. Akan aku mendapat seorang kawan? Aku juga telah berasa risau jika aku tidak boleh menangani subjek-subjek yang baharu untuk saya. Apabila masa untuk pulang, aku berasa lega... Akhirnya! Aku SEPERTI tidak bersemangat untuk ke sekolah keesokan hari... 

(Tetapi itu Hanya hari pertamaku, sekarang.. Aku mulai merasai perasaan gembira) :)

8 comments:

  1. Saya berharap awak akan senang berada di Xinmin. Di sini guru- gurunya suka kepada semua pelajar mereka, dan kami akan mengajar yang terbaik untuk anak didik kami... soal mencari kawan, saya rasa awak harus mulakan dahulu, mengenali rakan- rakan baharu. Kalau masih sukar untuk mendapatkan kawan, tidak mengapa, masa akan memperbaiki keadaan. OK?

    ReplyDelete
  2. Jangan sedih. Walaupun semua subjek-subjek di dalam sekolah menengah nampak macam susah, saya pasti kamu boleh berjaya dalam semua subjek-subjek itu. Kamu mesti akan dapat lebih ramai kawan baharu di dalam sekolah ini (:

    ReplyDelete
  3. Awak sepastinya dapat menangani semua subjek-subjek itu dan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan kerana awak meraih agregat PSLE yang tinggi. :)

    ReplyDelete
  4. Saya rasa kamu akan mempunyai kawan yang baru selepas beberapa minggu.:D

    ReplyDelete
  5. Saya rasa awak akan mempunyai lebih kawan lagi dari masa ke semasa... =)

    ReplyDelete
  6. Saya juga tidak ada kawan dari sekolah rendah saya

    ReplyDelete
  7. Saya juga tidak ada ramai kawan pada hari pertama di Sekolah Menengah Xinmin.

    ReplyDelete
  8. Memang sukar untuk masukkan diri di tempat baru, kawan-kawan baru dan guru-guru baru.

    ReplyDelete